Biar pagi disimbahi hujan..
Biar petang disinari pelangi..
Biar malam disirami embun..
Kau kan tetap permaisuri..
Kau kan tetap maharani hati..
Ku tahu cinta banyak ujian..
Bila kepercayaan menjadi persoalan..
Bila harta menjadi perkiraan..
Bila rupa menjadi taruhan..
Kau kan selalu menjadi pujaan..
Ku tahu cinta banyak cabaran..
Bila kisah lalu menjadi isu..
Bila ibu bapa tidak setuju..
Bila aku tidak seperti yang kau mahu..
Akan ku cuba yakini kamu..
Kerna kau pelengkap diri..
Kerna kau maharani hati..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment